Monday, January 12, 2009

Rangka Terkini Rumah Tuaian





Salam n Sejahtera kepada semua yang sudi singgah di web blog ini. Terima kasih banyak2...

Alhamdulillah, seperti foto2 yang tertera di sini, rumah tuaian AA Agro Farm telah mula kelihatan. Hasil kerja kuat Hj Mansor serta kawan2 di kampung !!

Tiang2 serta kuda2 bumbung siap dipasang pada hari Sabtu 03/01/2009 yang lalu. Operasi memasang bermula sekitar 9.00 pagi dan siap sekitar 4.00 petang. Kali ini upahnya ialah makan pagi iaitu nasi lemak seadanya yang disediakan juga oleh emak saya, Hajah Azizah.

Sehingga hari ini, progres perjalanan projek agak perlahan memandangkan saya agak sibuk dengan kerja dan juga beberapa faktor kecil yang tidak dapat dielakkan. Jangkaan awal saya bahawa AA Agro Farm boleh beroperasi sekitar pertengahan bulan Januari ini agak meleset. Nampaknya kenalah ubah sikit, hmmm...mungkin jangkaan baru sebelum bulan Februari bermula, insyaAllah !!!

Hingga lain kali, terimakasih sekali lagi kerana sudi singgah di web blog ini...