Sunday, February 15, 2009

D-Day Bongkah (sambungan)

Berikut gambar2 sambungan...
Bongkah2 dari rear view
Side view bongkah2
Family yang amatttt kepenatan tapi masih posing. Dari kiri : Abg Chik; Isteriku, Pn Mazwin; Emak saya Hjh Azizah; adik saya, Husna; Aina Adira dan tekong, Hj Mansor, ayah saya. Terimakasih banyak2 semoga usaha kita ini diberkati Allah, insyaAllah...

D-Day Bongkah

Salam n sejahtera semua...

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang begitu gembira buat saya dan family kerana 1,500 bongkah yang kami order dari Aifaa Agro selamat diload dari Sungai Lalang, Sg Petani dan kemudian diunloadkan ke dalam rumah tuai AA Agro Farm di Guar Chempedak. Punya laa penat...hmmm, sesiapa yang pernah buat kerja nih tahulah kan !!!

Saya dapat bantuan abg ipar saya, Abg Chik yang supply kan van dan owner Aifaa Agro bermurah hati offer Storm mereka untuk tolong mengangkut bongkah2 tersebut ke Guar Chempedak. Kami sampai ke destinasi dalam pukul 2.30 petang tadi. Proses menurunkan bongkah2 turut dibantu oleh seisi keluarga. Semua selesai dalam pukul 5.30.

Saya attachkan di sini beberapa foto peristiwa petang tadi. Hingga lain kali, jumpa lagi...
Kenderaan Mengangkut Bongkah
Anak saya, Aina Adira pulun tu !!!
Wife saya memang pulun habishh !!!
Rak yang mula diisi bongkah2
Rak bongkah lagiii...

Monday, February 9, 2009

Cendawan Percobaan








Salam n sejahtera...

Gambar di atas ialah cendawan yang terhasil dari bongkah yang saya peramkan dirumah. Bibit cendawan mula kelihatan pada 06/02 dan matang serta dipetik selepas Maghrib tadi (09/02). Ada beberapa bongkah lagi yang belum dibuka penutup rehat.

Hingga di lain posting, terimakasih semua kerana sudi singgah...:)

Gambar Rak





Salam kembali...

Kini saya uploadkan gambar2 rak AA Agro Farm yang telah siap pemasangannya pada 07/02/09 yang lalu. Tinggi tiang rak ialah 9 kaki (dibahagikan kepada 4 tingkat) dan panjang rak pula ialah 7 kaki. Kesemuanya ada 11 rak.

Rumah Tuai Sebelum Dan Selepas Siap







Salam n sejahtera kepada semua yang sudi singgah...

Kali nih saya dengan gembiranya nak announce yang rumah tuai AA Agro Farm sudah siap sepenuhnya pada 07/02/09 lalu...Alhamdulillah ! Cuma kini tinggal nak penuhkan saja dengan bongkah2, insyaAllah perlahan2 akan dipenuhkan jugak.

Saya ada attach di sini beberapa keping foto yang sempat di ambil.

Thursday, February 5, 2009

Perkembangan Terkini Projek

Salam semua sahabat2...

Lama jugak tak update blog. Sibuk sket ngan kerja dan usaha2 untuk menyiapkan rumah tuaian AA Agro Farm.

Ahad lepas (01/01/09) saya dan ayah bertungkus lumus membuat dan mengemaskan rak2. Memandangkan hari Ahad sehari tu aje yang ade, kami tak dapat menyiapkan semua rak2 yang dirancangkan, mungkin minggu ni akan dapat disiapkan semuanya, insyaAllah.

Gambar rumah tuaian terkini tak sempat diambil sebab sibuk buat rak, insyaAllah minggu ini saya akan uploadkan gambar terkini. Hingga next week untuk latest update....terimakasih semua ya...