Monday, March 23, 2009

Hasil Cendawan Mula Dijual

Salam n sejahtera to all frens...

Pihak kami di AA Agro Farm ketika ini agak bz membuat beg2 media dan mengutip hasil2. Walaupun tak banyak hasil yang dikeluarkan, alhamdulillah kami dapat memasarkannya tanpa banyak masalah. Pembuatan beg2 media pula setakat ini berjalan lancar tetapi kapasiti sehari taklah banyak sangat...sekitar 130 ke 150 beg jer (masih dalam proses training anak2 jiran di kampung cara2 buat bongkah !!!). InsyaAllah...dari masa ke semasa kami akan cuba meningkatkan kapasiti jumlahnya...

Di sini ada dilampirkan beberapa keping foto hasil2 cendawan yang siap dibungkus untuk dijual. Hasil2 ini dipasarkan semalam (22/03/09). Kesemuanya hasil semalam ialah seberat 7 kilos, setelah tolak yang tak berapa cun...tinggal dalam 6 kilo setengah yang sesuai.

Until next time....byes

Wednesday, March 11, 2009

Hasil Cendawan@Kulat

Salam n sejahtera to all frens :)

Bongkah2 cendawan dari Aifaa Agro, Sg Petani telah mula mengeluarkan hasilnya. Walaupun yang keluar tuh ada macam2 rupa dan bentuk, alhamdulillah rezeki !!! Agak2 ada dalam lebih kurang 3 kg - 4 kg dari sekitar 60 bongkah yang dibuka !

Hasil yang keluar nih dah ada orang yang booking...tuh yang buat bertambah2 semangat. InsyaAllah, berkat usaha dan doa semua akan dirahmati Allah hendakNya, Aminnn...

Tuesday, March 10, 2009

Peraman Pertama

Salam n sejahtera semua...

Alhamdulillah, setelah lebih 24 jam kukusan bongkah dibiarkan sejuk dalam tong dram, petang tadi saya & ayah mula menyuntik benih cendawan kedalam bongkah2 yang siap dikukus. Jumlah keseluruhan yang disuntik petang tadi ialah sebanyak 103 bongkah.

Oleh kerana AA Agro Farm masih tiada tempat khas untuk pemeraman, saya mengambil keputusan untuk menggunakan sebahagian dari rak cendawan yang masih kosong sebagai tempat pemeraman.

Gambar2 seperti di bawah...

Usaha Pertama Memproses Bongkah

Salam semua...

Alhamdulillah, pada Sabtu & Ahad lepas saya serta family telah memulakan proses membuat sendiri beg2 cendawan AA Agro Farm. Pekerja paling rajin ialah anak bongsu saya, Muhd Afif Amir tetapi dia dibantu oleh geng2 nya DiamondHead & FourArms...hehehe!!!

Proses bermula agak lewat iaitu kira2 pukul 3 ptg hari Sabtu, almaklumlah kali pertama...ini tak cukup itu tak ada dll. Tapi akhirnya proses bagging kami siap juga sekitar jam 6.30 ptg.

Hari Ahad pula kami bermula awal, sekitar jam 8 pagi dan siap bagging dalam pukul 11 pagi. Keseluruhan kami dapat siapkan 130 bongkah (fuhhh....sikit sangat tuh kalau nak banding ngan sahabat2 yang PRO dalam pembuatan bongkah nih), tapi kira ok lah kan....untuk permulaan!!!

Petang Ahad tuh jugak kami mula mengukus beg2 yang dah siap. Gambar2 proses dan kukus saya attach kan bersama. Hingga lain posting...c ya all.
Afif + Diamondhead + FourArms.
Antara hasil 130 bongkah.
Proses kukusan bermulaaa...