Friday, October 23, 2009

Ruang Bagging & Kukus

Salam n sejahtera kepada semua...

Yesterday (22/10/09) proses menyiapkan ruang untuk bagging & kukusan telah siap sepenuhnya. Alhamdulillah !!

Luas keseluruhan ialah 16' X 13'. Ruang tuh siap mai ngan 2 tempat kukus (hasil kerja keras Haji Mansor lah tuh). InsyaAllah, target saya menjelang awal bulan November nie, AA Agro Farm akan memulakan proses pembuatan bongkah semula...selepas rehat panjang bulan Ramadan dan Syawal ari tuh.

Dalam dok sibuk siapkan ruang berkenaan, sempat gak keluarkan bongkah2 uzur dari dalam rumah hasil. Tuudiaaaa....ada la campur tolak dalam 1,000 bongkah gak yang tamat tempoh perkhidmatan !!! Tapi syukur alhamdulillah, terimakasih banyak2 pada bongkah2 uzur tersebut sebab telah berjasa pada AA Agro Farm sekian lama. Lepas nie, bongkah2 tersebut tak akan terbiar saja, depa semua akan ditransform menjadi baja plak...

Nampaknya tulah setakat posting kali nie....jumpa lagi di lain kali :)






Tuesday, October 13, 2009

Aktiviti Terkini...

Salam semua,

Hujung minggu lepas (Sabtu & Ahad), saya dan ayah saya bertungkus lumus menyiapkan ruang penyediaan untuk bagging dan pengukusan. Alhamdulillah, cuma tinggal lantai sahaja yang belum siap sepenuhnya. InsyaAllah, saya jangka ruang tersebut dapat digunakan mulai awal bulan November ini.

Jenguk2 ke dalam rumah hasil, banyak juga bongkah2 uzur yang perlu dialihkan. Selepas arrange sana arrange sini, baru lah nampak cantik sikit. Saya jangkakan akan menambah jumlah bongkah2 baru sebaik saja ruang bagging dan kukus dapat digunakan sepenuhnya nanti.

Tungguuuuuu.....:)

Monday, October 5, 2009

Uiksss....lamenye tak update !!!

Salam semua teman2 pengusaha cendawan.

Terlalu lama rasanya saya tak update page nie. Macam2 hal berlaku....sibuk ngan keje lah dan lain2 hal lagilah. Anyway, projek masih berjalan seperti biasa, cuma hasil kurang sket pasal bongkah2 dah makin uzur. Permintaan cam biasa...melebihi supply. InsyaAllah, saya kini dalam proses untuk kemaskini serta menambah jumlah bongkah2 untuk increase production semula.

Hingga lain posting, mungkin belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada sesiapa sahaja yang tersinggah di blog AA Agro Farm nih. Hehehe...