Sunday, November 29, 2009

On Your Mark...Get Set...Goooo !!!

Salam semua sahabat2...

Alhamdulillah, ruang membenih & peram siap sepenuhnya dan aktiviti membuat bongkah juga telah bermula. InsyaAllah jika tak ada aral melintang, pihak AA Agro Farm akan cuba menghasilkan seberapa banyak bongkah untuk memenuhi rumah hasil kami yang agak lengang dan kosong buat masa ni.

Bancuhan terakhir kami dapat menghasilkan 117 bongkah kesemuanya. Setelah siap dikukus, kesemuanya juga telah selamat di suntik benih dan telah dipindahkan ke ruang peraman.

Saya attachkan juga beberapa foto2 terbaru dari AA Agro Farm.

Hingga lain kali....jumpa lagi !!!

Monday, November 9, 2009

Ruang Suntik, Peram & Proses Bermula...

Salam n sejahtera semua sahabat2 cendawan...

Alhamdulillah akhirnya ruang untuk suntik benih dan peraman bongkah telah siap sepenuhnya semalam 08/11/2009. Dengan adanya ruangan tambahan ini harap2 penghasilan bongkah akan lebih terpelihara kualitinya. Ruang peram taklah besar mana, cuma boleh memuatkan anggaran 600 bongkah pada satu2 masa...cukuplah buat masa ni bagi bisnes part time kan....hehehehe !!

Proses membuat bongkah juga telah bersambung setelah cuti panjang. InsyaAllah, jumlah bongkah akan dipertingkatkan pelan pelannn. Permintaan terhadap hasil cendawan tetap cam biasa...tapi tak dapat dipenuhi kesemuanya atas sebab kekurangan supply. Harapan saya agar AA Agro Farm akan dapat memenuhi permintaan pelanggannya dengan siapnya fasiliti terbaru dan dengan bermulanya proses pembuatan bongkah2 baru semula...Aminnnn !!!