Monday, January 25, 2010

Bongkah Matang Menunggu Tuaian !!!

Salam semua sahabat2 cendawan...
Semalam (24/01/10) saya sempat pulang menjenguk bongkah2 matang yang sedia untuk dituai. Alhamdulillah, bongkah2 nie semuanya ialah hasil kerja tangan sendiri dengan bantuan ayah, mak serta kawan2 di kampung !
Benih2 telah dikeluarkan dan saya jangka bermulanya awal Februari ini AA Agro Farm akan dapat menuai hasil cendawan semula. Harap2 hasil tuaian nanti akan dapat menampung permintaan pelanggan2....insyaAllah.

Thursday, January 21, 2010

Bekalan Habuk Kayu Terbaru...

Salam & Sejahtera kepada semua sahabat2.

Hampir sebulan juga saya tak update blog nie!!! Sebab utama ialah awal bulan hari tuh sibuk ngan anak2 mula bersekolah dan juga bekalan habuk kayu habish...:(

Alhamdulillah, pagi tadi saya dan ayah dibantu oleh pakcik Karim telah mendapatkan habuk kayu untuk menyambung semula proses membuat bongkah kami. Rancangan untuk ambil habuk kayu nie dah diplan lebih kurang 2 minggu lepas, tapi oleh kerana masing2 sibuk....terpaksa lah ditangguhkan ! Kami amat berterima kasih pada pakcik Karim dan anaknya Mi kerana dapat menyediakan transport untuk mengambil habuk kayu hari ni.

Saya harap insyaAllah minggu depan, AA Agro Farm akan dapat menyambung semula proses membuat bongkah kami. Hingga di lain posting, terimakasih kepada sahabat2 yang sudi singgah di web blog AA Agro Farm ini.

Lori Pakcik Karim (berhenti pit stop minum air lepas selesai angkut habuk kayu)
Hj Mansor aka Pak Teh dengan habuk kayu 1 tan