Friday, December 25, 2009

Updates...

Salam semua sahabat2 cendawan...

Aktiviti bagging dan seterusnya telah bermula semula!!! Dengan bantuan mak, kawan2 mak di kampung dan adik2 saya, AA Agro Farm telah berjaya membuat bongkah2 cendawan sendiri dengan lebih cepat. Minggu lepas, kami telah berjaya menghasilkan plus minus 1,500 bongkah, alhamdulillah semuanya dilakukan secara manual. Stok habuk kayu kami dan dedak pun dah kering...next week kena amik lagi nih !!!

Terimakasih banyak2 pada mak, Ernie, Husna, Kak Na dan Kak Nah yang dah cekap menghentak padat bongkah2 yang dihasilkan. Kalau stok habuk mai nanti....kita sambung buat bongkah lagi nooo.....hehehehe!!!

Kat bawah nie, ade beberapa foto terkini. Hingga next posting....Majulah Industri Cendawan !!!!

Sunday, November 29, 2009

On Your Mark...Get Set...Goooo !!!

Salam semua sahabat2...

Alhamdulillah, ruang membenih & peram siap sepenuhnya dan aktiviti membuat bongkah juga telah bermula. InsyaAllah jika tak ada aral melintang, pihak AA Agro Farm akan cuba menghasilkan seberapa banyak bongkah untuk memenuhi rumah hasil kami yang agak lengang dan kosong buat masa ni.

Bancuhan terakhir kami dapat menghasilkan 117 bongkah kesemuanya. Setelah siap dikukus, kesemuanya juga telah selamat di suntik benih dan telah dipindahkan ke ruang peraman.

Saya attachkan juga beberapa foto2 terbaru dari AA Agro Farm.

Hingga lain kali....jumpa lagi !!!

Monday, November 9, 2009

Ruang Suntik, Peram & Proses Bermula...

Salam n sejahtera semua sahabat2 cendawan...

Alhamdulillah akhirnya ruang untuk suntik benih dan peraman bongkah telah siap sepenuhnya semalam 08/11/2009. Dengan adanya ruangan tambahan ini harap2 penghasilan bongkah akan lebih terpelihara kualitinya. Ruang peram taklah besar mana, cuma boleh memuatkan anggaran 600 bongkah pada satu2 masa...cukuplah buat masa ni bagi bisnes part time kan....hehehehe !!

Proses membuat bongkah juga telah bersambung setelah cuti panjang. InsyaAllah, jumlah bongkah akan dipertingkatkan pelan pelannn. Permintaan terhadap hasil cendawan tetap cam biasa...tapi tak dapat dipenuhi kesemuanya atas sebab kekurangan supply. Harapan saya agar AA Agro Farm akan dapat memenuhi permintaan pelanggannya dengan siapnya fasiliti terbaru dan dengan bermulanya proses pembuatan bongkah2 baru semula...Aminnnn !!!