Monday, December 29, 2008

Lantai Rumah Cendawan Dah Siap




Salam n sejahtera kepada semua...
Alhamdulillah, lantai rumah cendawan AA Agro Farm dah siap disimen petang tadi. Itupun dengan bantuan kawan2 ayah di kampung. Antara yang menyumbangkan tenaga ialah Ayah, Paksu Ali, Abg Mae'l, Kudin, menantu Abg Mae'l, Mat Rodhi dan 2 orang kuat Kudin. Tanpa bantuan mereka2 nih, lambat lagilah nak siap rumah cendawan AA Agro nih !!!
Apa yang tersentuh hati ialah tenaga mereka ini adalah FOC, cuma...emak saya kena masak makan tengahari aje ! Kerja menyimen bermula dalam pukul 10 pagi tadi dan habis dalam pukul 3 petang. Nak menyiapkan lantai tuh memerlukan 6 ela pasir dan 8 beg simen!!!
Selepas nih, menurut kata ayah, cuma nak naikkan tiang dan pasang kuda2 sementara menunggu atap nipah yang diorder sampai. Selepas siap pasang atap nanti, baru kira2 nak buat rak cendawan.
Saya rasa itulah saja post saya untuk kali ini, insyaAllah...ada perkembangan terbaru akan saya postkan lagi nanti.
Byes....

Thursday, December 18, 2008

Tapak Rumah Cendawan Terkini






Salam semua...harapan saya agar semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya!
Lama juga rasanya tak update dalam blog ini...sibuk sikit. Di sini nak cerita sikit tentang perkembangan terkini projek buat rumah cendawan AA Agro Farm. Proses menambak @ menambun (kata orang utara) tanah di atas telah siap sepenuhnya pada 16/12/08 yang lalu. Tinggi tapak ialah 1 kaki berbanding tapak asal (terpaksa buat begini kerana kawasan ni ada sejarah dilanda banjir)
Foto terkini tapak ialah seperti di atas.
Proses seterusnya ialah biar tanah di tapak tuh settle down elok2, kemudian baru kira2 nak buat lantai. Mengikut kata ayah saya, proses nak dirikan rumah tu sekejap saja tempohnya berbanding dengan masa yang diambil untuk menambun tanah.
InsyaAllah, saya akan update perkembangan rumah cendawan nih dari masa ke semasa. Hingga lain kali, sekian dan terima kasih semua...

Friday, November 28, 2008

Foto Tapak Cadangan B4 dan After

Hello kembali...

Kali ini saya lampirkan beberapa keping foto yang menunjukkan tapak cadangan rumah cendawan AA Agro Farm yang bakal dibina tidak berapa lama lagi. Gambar ini diambil selepas pokok yang tidak berkenaan di tebang (3 pokok pinang, satu pokok ceri dan satu pokok bunga kertas....semua berada di tengah-tengah tapak)
Anggaran keluasan tapak rumah cenawan ialah 20' X 30' (agak-agak berapa bongkah boleh muat ekk...!!!)
Depan-Sebelum

Depan-Selepas
DepanKiri-Sebelum

DepanKiri-Selepas
BelakangKiri-Sebelum

BelakangKiri-Selepas
BelakangKanan-Sebelum

BelakangKanan-Selepas

Hampir Pasti...

Selamat berjumpa kembali...

Demi merealisasikan hasrat saya dan isteri untuk mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga kami, saya bertekad untuk memulakan juga usaha menanam cendawan ini. Saya merancang untuk membina fasiliti perusahaan ini di kampung saya iaitu di rumah ayah saya di Kampung Pasir, Guar Chempedak, Kedah. Manakala rumah saya di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang akan dijadikan sebagai pejabat ataupun pusat operasi.

Setelah berbincang dengan keluarga di kampung terutama ayah dan emak, mereka nampaknya amat berminat juga dengan hasrat saya ini. Memandangkan saya tiada kebolehan dan pengalaman untuk kerja-kerja membina fasiliti terutama rumah cendawan, tugas besar ini akan dilaksanakan oleh ayah saya. Tugas saya banyak berlegar dalam usaha perancangan dan koordinasi (termasuk juga modal!!!)

Ayah dan saya telah mengenalpasti tapak sesuai untuk fasiliti kami iaitu bersebelahan rumah kami yang sedia ada. Mengikut perkiraan ayah saya, rumah cendawan yang bakal dibina akan berukuran sekitar 20' X 30'. Cuma, tapak berkenaan ada beberapa pokok yang perlu ditebang tetapi itu tidak menjadi masalah, kata ayah!!! Bagi saya, tapak ini amat bersesuaian untuk dibina rumah cendawan kerana ianya dikelilingi oleh beberapa batang pokok kelapa, menjadikan suasana redup dan berangin. Saya juga telah mempelawa mentor saya dari Sungai Petani iaitu Kak Wan dan suaminya Encik Eddy dari Aifaa Agro melihat tapak cadangan saya sekitar 2 minggu lepas dan alhamdulillah, mereka approved !!!

InsyaAllah, dalam post akan datang saya akan cuba tunjukkan gambar-gambar tapak cadangan saya ini. Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Thursday, November 20, 2008

Niat Di Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Ini adalah post yang pertama kali bagi blog AA Agro Farm nih. Baru je create blog nih....panas lagi nih!!! Tujuan utama creation blog ni ialah untuk sama-sama memeriahkan dunia blogger...hehehe.

Blog ini juga, insyaAllah berfungsi sebagai foundation untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman berkenaan usaha menanam cendawan yang mana saya baru saja nak ceburi. Cerita berkenaan nak tanam cendawan nih dah saya fikirkan bersama-sama isteri lebih kurang 2 bulan yang lalu. Memandangkan keadaan ekonomi dan peluang yang diberikan kerajaan, saya dan isteri ambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cendawan nih. Niat yang pertama ialah untuk mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga dan jika ada rezeki dan diizinkan Allah SWT, saya ingin menjadikan usaha ini sebagai sumber mata pencarian utama keluarga kami...insyaAllah.

2 minggu lepas saya dan isteri telah sama-sama pergi berguru dengan seorang pengusaha cendawan di Bandar Amanjaya, Sungai Petani iaitu Kak Wan dari Aifaa Agro. Sehari suntuk juga kami berguru, dari teori kemudian praktikal. Walaupun penat, tapi rasanya berbaloi nasihat dan tunjuk ajar yang Kak Wan curahkan. Selepas tamat hari tersebut, saya dan isteri bertekad untuk memulakan juga projek cendawan kami nanti. Kak Wan juga bekalkan kami dengan 20 bongkah media yang kami sendiri telah suntikkan benih supaya kami dapat meneliti pertumbuhan cendawan tersebut. Setelah 2 minggu berlalu, alhamdulillah nampaknya percambahan benih telah meliputi lebih kurang 1/3 dari bongkah-bongkah yang dibekalkan.

Nampaknya setakat ini dahulu yang dapat saya catatkan di sini. Saya akan cuba updatekan perkembangan bongkah-bongkah dan projek cendawan saya dari masa ke semasa. Sehingga posting yang lain pula...sekian buat waktu ini.