Friday, November 28, 2008

Hampir Pasti...

Selamat berjumpa kembali...

Demi merealisasikan hasrat saya dan isteri untuk mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga kami, saya bertekad untuk memulakan juga usaha menanam cendawan ini. Saya merancang untuk membina fasiliti perusahaan ini di kampung saya iaitu di rumah ayah saya di Kampung Pasir, Guar Chempedak, Kedah. Manakala rumah saya di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang akan dijadikan sebagai pejabat ataupun pusat operasi.

Setelah berbincang dengan keluarga di kampung terutama ayah dan emak, mereka nampaknya amat berminat juga dengan hasrat saya ini. Memandangkan saya tiada kebolehan dan pengalaman untuk kerja-kerja membina fasiliti terutama rumah cendawan, tugas besar ini akan dilaksanakan oleh ayah saya. Tugas saya banyak berlegar dalam usaha perancangan dan koordinasi (termasuk juga modal!!!)

Ayah dan saya telah mengenalpasti tapak sesuai untuk fasiliti kami iaitu bersebelahan rumah kami yang sedia ada. Mengikut perkiraan ayah saya, rumah cendawan yang bakal dibina akan berukuran sekitar 20' X 30'. Cuma, tapak berkenaan ada beberapa pokok yang perlu ditebang tetapi itu tidak menjadi masalah, kata ayah!!! Bagi saya, tapak ini amat bersesuaian untuk dibina rumah cendawan kerana ianya dikelilingi oleh beberapa batang pokok kelapa, menjadikan suasana redup dan berangin. Saya juga telah mempelawa mentor saya dari Sungai Petani iaitu Kak Wan dan suaminya Encik Eddy dari Aifaa Agro melihat tapak cadangan saya sekitar 2 minggu lepas dan alhamdulillah, mereka approved !!!

InsyaAllah, dalam post akan datang saya akan cuba tunjukkan gambar-gambar tapak cadangan saya ini. Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

No comments: