Friday, March 26, 2010

Cendawan Mula Keluarrrr...

Salam semua sahabat2.

Alhamdulillah...putik2 cendawan mula keluar dan selepas ini akan dapat dipasarkan semula. Oleh kerana cuaca yang panas sekarang, kami di AA Agro Farm menjadikan satu rutin untuk melembabkan dinding dan lantai rumah tuai 2 kali sehari. Hasilnya, putik2cendawan mula menampakkan diri. Berbanding sebelum ini, dari satu ruang bongkah yang dibuka, hanya 4 ke 5 bongkah sahaja yang menghasilkan cendawan, yang lainnya malu2 nak keluar !!! Tapi kini, bongkah yang menghasilkan cendawan telah bertambah-tambah. Hasil harian bertambah ke 5, 6 kilo dari 2, 3 kilo sebelum ini. Alhamdulillahhhh....

Kami juga kini agak sibuk memindahkan bongkah2 yang matang dari ruang peram ke rumah tuai. InsyaAllah, selepas ini kami akan memulakan semula operasi pembuatan bongkah kami. Masih banyak usaha diperlukan untuk memenuhkan rumah tuai kami...tapiii, insyaAllah, dengan penghasilan bongkah2 sendiri, kami akan memenuhkan juga rumah tuai tersebut dalam 3 ke 4 bulan ini.

Hingga lain posting, jumpa lagiii...:)



Thursday, March 18, 2010

Ziarah & Diziarahi...

Salam buat semua sahabat2 cendawan tak kira di mana jua anda berada....cheewahhh!!!

Tanggal 16/03/2010 lalu, pagi2 lagi kami di AA Agro Farm telah melawat/menziarah tapak projek E-Kasih di Kampung Singkir Darat, Merbok yang baru menjalankan aktiviti penghasilan cendawan. Projek ini mendapat bantuan dari Kementerian Pembangunan Wanita di bawah Program Agronita. Kesemua kemudahan dari rumah tuaian, peralatan sehinggalah ke bongkah dibantu oleh pihak Kementerian. Alhamdulillah...Program ini mengandungi 2 buah rumah tuai bersaiz 20' X 30' setiap satu dengan kapasiti bongkah berjumlah 18,000 kesemuanya.



Petangnya pula, kami di AA Agro Farm menerima kunjungan/diziarahi oleh 4 orang siswi UiTM Merbok yang sedang dalam rangka menyiapkan kertas kerja untuk subjek keusahawanan mereka. Sebenarnya team adik2 ni mengandungi 5 orang ahli, tapi malangnya seoarang sahabat mereka tak dapat turut serta sebab ada demam sket! Terimakasih tak terhingga pada adik2 semua sebab sudi memilih tapak projek kami yang tak seberapa ni sebagai rujukan. Banyak la jugek soalan2 yang dilontaqkan tapi rasanya semuanya dapat dijawap dengan cemerlang kan....hehehehe....harap2 begitulah!

Agak malang sket sebab waktu lawatan adik2 ni, kami di AA Agro Farm tak ada aktiviti membuat bongkah. InsyaAllah, seminggu dua lagi kami akan mula membuat bongkah semula.


Dari Kiri : Ari, Aishah, Wani & Nadia (tiada dalam pic ialah Hazrin...jangan lupa makan obat yek!!!)

So, setakat nih dulu laporan kali ini hingga lain kali....jumpa lagi.

Thursday, March 11, 2010

Cabaran Musim Kemarauuuu....

Salam kepada semua sahabat2 cendawan dan sesiapa sahaja yang tersinggah di blog AA Agro Farm nie! Terimakasih banyak2 kerana sudi singgah.

Lebih sebulan jugak tak update blog ni. Agak bz sket dengan pembuatan bongkah2 baru dan aktiviti harian.

Dugaan serta cabaran kepada pengusaha cendawan di musim kemarau ni kami rasa amat besar kan! atau kami di AA Agro Farm sahaja yang mengalami suasana camni!!! Hasil cendawan untuk tuaian berkurangan betui2. Jumlah bongkah yang dibuka setiap hari bolehlah tahan jumlahnya, tapi cendawan macam malu2 je nak kluaq. Kami rasa senario ini mungkin juga disebabkan cuaca panas melampau sekarang ni kan !!! Hasil tuaian harian cuma sekitar 1.5 kg ke 2.0 kg sahaja. Tapiiii....alhamdulillah.

Ikut kata orang tua2, keadaan kemarau ni mungkin akan berubah bila MADA mula lepaskan air untuk pengairan bendang2. Biasanya musim akan mula berubah serentak dengan pelepasan air ini. Wallahualam...

Cuma setakat ini dulu sehingga lain kali. Terimakasih!