Thursday, November 20, 2008

Niat Di Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Ini adalah post yang pertama kali bagi blog AA Agro Farm nih. Baru je create blog nih....panas lagi nih!!! Tujuan utama creation blog ni ialah untuk sama-sama memeriahkan dunia blogger...hehehe.

Blog ini juga, insyaAllah berfungsi sebagai foundation untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman berkenaan usaha menanam cendawan yang mana saya baru saja nak ceburi. Cerita berkenaan nak tanam cendawan nih dah saya fikirkan bersama-sama isteri lebih kurang 2 bulan yang lalu. Memandangkan keadaan ekonomi dan peluang yang diberikan kerajaan, saya dan isteri ambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cendawan nih. Niat yang pertama ialah untuk mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga dan jika ada rezeki dan diizinkan Allah SWT, saya ingin menjadikan usaha ini sebagai sumber mata pencarian utama keluarga kami...insyaAllah.

2 minggu lepas saya dan isteri telah sama-sama pergi berguru dengan seorang pengusaha cendawan di Bandar Amanjaya, Sungai Petani iaitu Kak Wan dari Aifaa Agro. Sehari suntuk juga kami berguru, dari teori kemudian praktikal. Walaupun penat, tapi rasanya berbaloi nasihat dan tunjuk ajar yang Kak Wan curahkan. Selepas tamat hari tersebut, saya dan isteri bertekad untuk memulakan juga projek cendawan kami nanti. Kak Wan juga bekalkan kami dengan 20 bongkah media yang kami sendiri telah suntikkan benih supaya kami dapat meneliti pertumbuhan cendawan tersebut. Setelah 2 minggu berlalu, alhamdulillah nampaknya percambahan benih telah meliputi lebih kurang 1/3 dari bongkah-bongkah yang dibekalkan.

Nampaknya setakat ini dahulu yang dapat saya catatkan di sini. Saya akan cuba updatekan perkembangan bongkah-bongkah dan projek cendawan saya dari masa ke semasa. Sehingga posting yang lain pula...sekian buat waktu ini.

No comments: