Sunday, February 15, 2009

D-Day Bongkah

Salam n sejahtera semua...

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang begitu gembira buat saya dan family kerana 1,500 bongkah yang kami order dari Aifaa Agro selamat diload dari Sungai Lalang, Sg Petani dan kemudian diunloadkan ke dalam rumah tuai AA Agro Farm di Guar Chempedak. Punya laa penat...hmmm, sesiapa yang pernah buat kerja nih tahulah kan !!!

Saya dapat bantuan abg ipar saya, Abg Chik yang supply kan van dan owner Aifaa Agro bermurah hati offer Storm mereka untuk tolong mengangkut bongkah2 tersebut ke Guar Chempedak. Kami sampai ke destinasi dalam pukul 2.30 petang tadi. Proses menurunkan bongkah2 turut dibantu oleh seisi keluarga. Semua selesai dalam pukul 5.30.

Saya attachkan di sini beberapa foto peristiwa petang tadi. Hingga lain kali, jumpa lagi...
Kenderaan Mengangkut Bongkah
Anak saya, Aina Adira pulun tu !!!
Wife saya memang pulun habishh !!!
Rak yang mula diisi bongkah2
Rak bongkah lagiii...

No comments: