Friday, October 23, 2009

Ruang Bagging & Kukus

Salam n sejahtera kepada semua...

Yesterday (22/10/09) proses menyiapkan ruang untuk bagging & kukusan telah siap sepenuhnya. Alhamdulillah !!

Luas keseluruhan ialah 16' X 13'. Ruang tuh siap mai ngan 2 tempat kukus (hasil kerja keras Haji Mansor lah tuh). InsyaAllah, target saya menjelang awal bulan November nie, AA Agro Farm akan memulakan proses pembuatan bongkah semula...selepas rehat panjang bulan Ramadan dan Syawal ari tuh.

Dalam dok sibuk siapkan ruang berkenaan, sempat gak keluarkan bongkah2 uzur dari dalam rumah hasil. Tuudiaaaa....ada la campur tolak dalam 1,000 bongkah gak yang tamat tempoh perkhidmatan !!! Tapi syukur alhamdulillah, terimakasih banyak2 pada bongkah2 uzur tersebut sebab telah berjasa pada AA Agro Farm sekian lama. Lepas nie, bongkah2 tersebut tak akan terbiar saja, depa semua akan ditransform menjadi baja plak...

Nampaknya tulah setakat posting kali nie....jumpa lagi di lain kali :)






No comments: