Sunday, November 29, 2009

On Your Mark...Get Set...Goooo !!!

Salam semua sahabat2...

Alhamdulillah, ruang membenih & peram siap sepenuhnya dan aktiviti membuat bongkah juga telah bermula. InsyaAllah jika tak ada aral melintang, pihak AA Agro Farm akan cuba menghasilkan seberapa banyak bongkah untuk memenuhi rumah hasil kami yang agak lengang dan kosong buat masa ni.

Bancuhan terakhir kami dapat menghasilkan 117 bongkah kesemuanya. Setelah siap dikukus, kesemuanya juga telah selamat di suntik benih dan telah dipindahkan ke ruang peraman.

Saya attachkan juga beberapa foto2 terbaru dari AA Agro Farm.

Hingga lain kali....jumpa lagi !!!

No comments: