Tuesday, March 10, 2009

Usaha Pertama Memproses Bongkah

Salam semua...

Alhamdulillah, pada Sabtu & Ahad lepas saya serta family telah memulakan proses membuat sendiri beg2 cendawan AA Agro Farm. Pekerja paling rajin ialah anak bongsu saya, Muhd Afif Amir tetapi dia dibantu oleh geng2 nya DiamondHead & FourArms...hehehe!!!

Proses bermula agak lewat iaitu kira2 pukul 3 ptg hari Sabtu, almaklumlah kali pertama...ini tak cukup itu tak ada dll. Tapi akhirnya proses bagging kami siap juga sekitar jam 6.30 ptg.

Hari Ahad pula kami bermula awal, sekitar jam 8 pagi dan siap bagging dalam pukul 11 pagi. Keseluruhan kami dapat siapkan 130 bongkah (fuhhh....sikit sangat tuh kalau nak banding ngan sahabat2 yang PRO dalam pembuatan bongkah nih), tapi kira ok lah kan....untuk permulaan!!!

Petang Ahad tuh jugak kami mula mengukus beg2 yang dah siap. Gambar2 proses dan kukus saya attach kan bersama. Hingga lain posting...c ya all.
Afif + Diamondhead + FourArms.
Antara hasil 130 bongkah.
Proses kukusan bermulaaa...

No comments: